Macam-macam dah berlaku dalam negara kita sekarang nie, baru-baru nie heboh pula pasal fahaman komunis yang cuba dihidupkan oleh pihak tertentu, entah betul atau tidak, cuma tuhan saja yang tahu. Tapi apapun aku nak kongsikan kesan komunis di negara kita pada satu ketika dulu.
Sedikit sebanyak pasal Komunisma
Ideologi Komunisma adalah asas Pemikiran Marxisme, Leninisme dan cetusan fikiran Mao Tse Tung. Ideologi komunisme nie adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. "Komunisme tulen" menurut Karl Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Karl Marx
Dari segi politik komunisma dianggap sebagai satu cabang sosialisma atau satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan