Khabar angin pasal flash nie dah ternyata benar, sebelum nie heboh cerita pasal flash terbaru keluaran sony dimana-mana forum dan menjadi topik perbualan Alpharian yang seakan-akan Cobra (Hvl-f58) dimana saiznya lebih kecil, padat dan ringan dan akhirnya segala persoalan telah terjawab. Sony telah melancarkan flashnya yang terbaru iaitu Sony Flash Hvl-f43AM dipasaran tempatan. Aku dah dengar khabar angin pasal flash nie 2 bulan yang lalu dan telah pun released seminggu yang lalu tapi belum ada bukti yang sahih lagi.
Sekarang nie dah sah2 di jual dipasaran tempatan. Sony Flash Hvl-f43AM boleh didapati Studio Zaloon (The First Sony Alpha Pro-Shop in Malaysia) http://www.studiozaloon.com. Tergugat juga rasa aku lihat ciri-ciri Sony Flash Hvl-f43AM yang seakan-akan Cobra, dah lah harganya lebih murah kalau dibandingkan dengan Cobra, rasa nak ambik satu bawa balik je.
No comments:
Post a Comment