Sebelum menceburi bidang fotografi nie, aku memang xtau habis apa2 pasal camera DSLR nie. Sebagai seorang student nak memiliki kamera DSLR nie agak mencabar sikit biasalah harga untuk sebuah kamera DSLR nie bukan calang2 harganya mau-mau pun RM2k keatas. Cari punya cari,habis dah research aku buat kat internet hanya untuk mencari kamera DSLR yang sesuai dan menepati cita rasa aku(dengan bajet yang murah) jadi aku putuskan untuk mengambil Canon eos 1000D.
Kalau dekat pasaran Kuching harga nya dalam sekitar RM18++ kalau tak silap aku. Kalau kat Shashinki.com harganya RM1,599.00 time tu lah. Aku pun sikit demi sikit funding duit untuk beli Canon eos 1000d nie.
Dalam masa tu juga aku teringat member aku yang ada kamera DSLR. Member aku nie pakai kamera DSLR Sony a300.(time tu lah sekarang nie dah upgrade a550) aku tanyalah pendapat member aku nie, minta nasihat dia, maklumlah aku xtau apa2 pasal DSLR nie. Aku pun tanyalah soalan yang lazimnya ditanya orang yang masih baru (newbie)
Soalan yang aku tanya
1.Kamera brand apa yang bagus?
2.Yang bajet rendah ada x?
3.Kelebihan kamera DSLR (e.g Canon vs Nikon)
Pening juga kepala member aku nie oleh soalan-soalan yang aku tanya, berulang-ulang pulak tu.
Jawapan member aku
1. Brand xbrapa penting, skil dan teknik yang lebih penting, mana-mana kamera DSLR nie sama fungsinya iaitu untuk mengambil gambar yang kita suka.
2.Ada, 2nd hand lah jawabnya.
3.Kalau di ikutkan brand seperti Canon mempunyai kelebihan, kerana Lensnya ada pelbagai jenis, lagipun banyak photographer pro pakai Canon nie(e.g Canon eos 60D) cuba kita lihat mana-mana event besar seperti Olimpik, Badminton, Bolasepak, F1 dsb kebanyakkan kamera yang kita lihat ialah brand Canon. Canon juga merupakan pakar dalam pembuatan camera nie, sebab dah lama bertapak dalam industri camera nie,kira otailah.
Jawapannya mudah je,
1.Sony nie "built in stabilizer" kalau nak tukar lens xpayah cari lens yang ada IS(image stabilizer)
http://www.sonyinsider.com/2009/12/17/the-technology-behind-sony-alpha-dslrs-steadyshot-inside/
3.Sony nie live view skrin nya boleh adjust kalau nak ambik gambar dalam posisi yang susah
Kalau difikir-fikirkan ada benar juga kata member aku nie. Aku masih mentah lagi dengan dunia fotografi, kamera pun belum ada lagi(kamera handphone adalah). Masih banyak lagi benda yang aku perlu pelajari dalam selok belok fotografi nie. Kalau aku pakai Canon eos 1000d nak tanya siapa?member aku pun xtau sangat pasal function Canon eos1000d. Kalau setakat exposure ke, aparture ke, angle ke, tu bolehlah dia ajar, kalau lebih dari tu susah cikit sebab function kamera xsama.
No comments:
Post a Comment