Iklan berbayar

Tuesday, July 12, 2011

Sungai Bawah Laut



Pernah terfikir x yang bawah laut terdapatnya sungai, bagi yang xtahu tu aku nak kongsikan sikit pasal sungai bawah laut, bagi yang dah tahu tu baca2 je lah mana tahu ada info yang lain untuk pengetahuan.

Orang yang dikatakan pertama kali terjumpa sungai bawah laut nie adalah Jacques Yves Costeau (1910 -1997) atau gelarannya "le Commandant Cousteau" atau "Captain Cousteau", adalah seorang ahli oceanographer dan antara ahli penyelam terkemuka dari Perancis. Bagi yang nak tahu, Oceanographer adalah salah satu cabang fotografi, yang mengambil gambar-gambar di dalam laut.
 
Jacques Yves Costeau

Walaupun aku jurugambar tapi kalau dah masuk bab menyelam laut dalam, ada seram sikit. Kalau setakat
permukaan ke, kawasan yang cetek ke ok lah juga, tapi kalau dah sampai kawasan yang dalam, aku ada takut sikit, x dapat bayangkan kalau  di sekeliling luas dan gelap dan aku nie dah kena brainwash oleh cerita “Jaws” hehehe..

Berbalik dengan cerita Cousteau, sepanjang hidupnya, dia telah banyak menghabiskan masanya dengan menyelam dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk tontonan di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di Laut Cenote Angelita Mexico, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar dan segar dimana ia tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau lapisan diantara kedua-duanya. Cenote diambil dari kata “Dzonot” (diambil dari perkataan Mayan) yang bermaksud suci dan baik, dan perkataan Angelita bermaksud malaikat.

Terdapat juga sebuah gua yang jika diselami sampai kedalaman 30 meter, airnya adalah  air tawar, namun jika menyelam sampai pada kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin. Di dasarnya terdapat sebuah “sungai” lengkap dengan pohon dan dedaunan. Tapi sungai nie bukan sungai biasa kerana sungai nie merupakan lapisan hidrogen sulfida sehingga nampak seperti sungai yang merupakan sebahagian dari aktiviti gunung berapi.

Sungai bawah laut, Laut Cenote Angelita Mexico
#1

#2
#3
#4
#5
Sungai dalam laut di Cenote Angelita telah menarik banyak pengkaji sains serta para penyelam dari seluruh dunia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar