Iklan berbayar

Profile

Cerita tentang aku..
Sebenarnya blog nie adalah blog peribadi tapi disebabkan aku nie minat dengan seni gambar jadi rupa blog aku lebih kepada fotogafi.

Aku cuma insan biasa seperti orang lain juga. aku minat dengan gadget2 nie, kat rumah saja dah cukup aku memiliki 2 pc desktop, 1 notebook, dan 1 netbook. Byk sangat pun aku xtau nak buat apa, selain itu aku juga minat sangat dengan fotografi nie, mungkin kerana aku minat seni dengan melukis kot?hahaha..aku pun xtau, dari kecil lagi aku suka dengan lukisan-lukisan,warna-warni dan semua berkaitan seni termasuklah musik(boleh tahan juga kalau aku main gitar dengan keyboard), masuk sekolah menengah sempat jugalah aku menghasilkan komik/anime aku sendiri..tapi tamat sekolah menengah aku minat aku dengan seni lukis dan panorama mula berkurangan,tapi musik tidaklah hehehe..dipendekkan cerita, minat aku terhadap fotografi nie timbul apabila seorang member aku nie (kira rapatlah juga)ada memiliki camera slr vintage yang dah rosak(model apa pun aku xtau)tp yang bestnya,bila aku main2 dengan kamera nie aku syok sendiri yang kamera nie boleh pusing2(zoom) asal aku pergi rumah member aku nie mesti cari kamera vintage tu nak pusing2 sekeliling. 

Tapi time tu masih xtau apa erti fotografi sebenar sampailah member aku sendiri memiliki kamera DSLRnya yang pertama iaitu Sony a300 sejak dia masuk universiti, aku apa lagi excited habislah,asal je member aku balik cuti semester je memang ada muka depan pintu rumah dia nak main2 camera DSLR nie. Time tu member aku nie pun baru2 lagi dengan fotografi,masa tu pun tau pakai mode auto je dan penah sekali aku ada cuba untuk meminjam kamera DSLR dia dan aku xsangka member aku nie sudi nak bagi aku pinjam, time tu kazen aku nikah kira eksen2 jd photographer weddingla(angkat bakul sendiri)sejak dari situlah minat aku mula datang balik dengan seni lukisan, yang best kamera pusing2 nie kita xperlu nak lukis lagi terus snap je tu yang syoknya. Oleh kerana minat yang mendalam aku pun mulalah sikit demi sikit melabur dalam bidang fotografi nie..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar