Iklan berbayar

Thursday, June 30, 2011

Fahaman komunis cuba dihidupkan kembali?



Macam-macam dah berlaku dalam negara kita sekarang nie, baru-baru nie heboh pula pasal fahaman komunis yang cuba dihidupkan oleh pihak tertentu, entah betul atau tidak, cuma tuhan saja yang tahu. Tapi apapun aku nak kongsikan kesan komunis di negara kita pada satu ketika dulu.
Sedikit sebanyak pasal Komunisma

Ideologi Komunisma adalah asas Pemikiran Marxisme, Leninisme dan cetusan fikiran Mao Tse Tung. Ideologi komunisme nie adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.  "Komunisme tulen" menurut Karl Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
 
Karl Marx

Dari segi politik komunisma dianggap sebagai satu cabang sosialisma atau satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan

Sunday, June 26, 2011

Gambar yang mengubah dunia



Baru-baru nie aku ada menghadiri satu ceramah fotografi yang dianjurkan oleh Sarawakian's Photographer, walaupun ceramah nie lebih ke akademik, tapi ia memberi aku banyak kesedaran tentang dunia fotografi dan tanggungjawab seorang jurugambar. Antara yang aku pelajari dari ceramah nie. "Seorang jurugambar akan menjadi hebat jika mempunyai kamera dan mengaku sebagai jurufoto, tapi seorang jurugambar itu akan menjadi LEBIH HEBAT jika disertakan dengan tanggungjawab" contohnya tanggungjawab kepada agama, bangsa, negara, masyarakat dan dunia.

Walaupun aku nie suka photo street dan ambik gambar wedding, aku juga baru tahu yang rupa-rupanya seorang jurugambar nie berada di tengah-tengah sejarah dan menjadi saksi kepada sejarah itu sendiri. Fuh!! dashyat juga jurufoto nie, macam contohnya time akad nikah pasangan pengantin aku jadi saksi sekalilah maksudnya dan saat, perasaan, emosi ketika itu aku muatkan dalam sesebuah gambar. Jurufoto tu xsemestinya menggunakan kamera mahal, yang pakai kamera telefon pun dapat juga jadi saksi kepada sejarah itu sendiri.

Apabila aku melihat gambar yang disiarkan pada ceramah itu betul-betul membuatkan hati aku tersentuh. Jadi aku buat sedikit pencarian pasal gambar yang telah mengubah dunia untuk dikongsikan dalam blog aku nie.

1. The First Photograph oleh Joseph Nicephore Niepce, 1826
Dikenali sebagai Gambar Pertama Dunia tetapi sebenarnya ini adalah gambar terawal yang masih bertahan sehingga hari ini, (1826). Ia memerlukan pendedahan (exposure) selama lapan jam, yang

Wednesday, June 22, 2011

Swan City



Baru-baru nie aku off station untuk wedding photoshoot di Sibu, kira 1st time aku pergi ambik gambar luar dari kawasan Kuching nie. Kalau diikutkan GPS jarak Kuching ke Sibu (dari rumah aku sampai ke tempat aku stay) ialah 411km dan masa perjalanannya dalam 6 jam.

Sibu mendapat namanya daripada panggilan "Buah Sibau" oleh kaum Iban yang bermaksud buah rambutan, kerana buah rambutan banyak tumbuh dikawasan ini. Sibu nie terletak di pertemuan Sungai Rajang dan Sungai Igan. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk bumiputera lain seperti orang Melayu dan Melanau.
Tebingan Sungai Rajang

Sibu mempunyai beberapa mercu tanda seperti dataran bandar "Town Square" yang terbesar di

Monday, June 13, 2011

Pantai Pasir Pandak



Semalam teringin pula rasa aku nak outing walaupun gear aku masih belum lagi sejuk (baru lepas sehari habis shoot wedding) tapi sudi juga menemaniku, jadi aku singgah di Pasir pandak.

Pasir Pandak nie mendapat nama kerana pantainya yang pendek, pandak tu istilah lama untuk pendek

Friday, June 10, 2011

Aku sebagai photographer (bahagian 3)



Aku kongsikan balik cerita aku pasal aku sebagai photographer, sebaik saja aku dengar member aku nak tolong aku dapatkan model kamera yang macam dia tapi  terpakailah (2nd hand), apa lagi bukan main gembiralah aku, tapi sebagai pembeli nie  timbul persoalan dalam fikiran aku jadi aku tanyalah member 

Soalan yang aku tanya
1. Kalau bajet aku dalam RM1500 boleh dapat x?kalau kurang lagi bagus. 
2. Dari mana dia dapat? manalah tau dari sumber xbetul ke
3. Boleh pakai ke barang 2nd hand nie?
4. Ada kelebihan ke kalau aku ambik yang 2nd hand?

Kesian juga aku tengok member aku nie, asyik-asyik jawab soalan aku je, member aku menjawablah

Wednesday, June 8, 2011

Sony Flash Hvl-f43AM?


Khabar angin pasal flash nie dah ternyata benar, sebelum nie heboh cerita pasal flash terbaru keluaran sony dimana-mana forum dan menjadi topik perbualan Alpharian yang seakan-akan Cobra (Hvl-f58) dimana saiznya lebih kecil, padat dan ringan dan akhirnya segala persoalan telah terjawab. Sony telah melancarkan flashnya yang terbaru iaitu Sony Flash Hvl-f43AM dipasaran tempatan. Aku dah dengar khabar angin pasal flash nie 2 bulan yang lalu dan telah pun released seminggu yang lalu tapi belum ada bukti yang sahih lagi.

Sekarang nie dah sah2 di jual dipasaran tempatan. Sony Flash Hvl-f43AM boleh didapati Studio Zaloon (The First Sony Alpha Pro-Shop in Malaysia) http://www.studiozaloon.com. Tergugat juga rasa aku lihat ciri-ciri Sony Flash Hvl-f43AM yang seakan-akan Cobra, dah lah harganya lebih murah kalau dibandingkan dengan Cobra, rasa nak ambik satu bawa balik je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar