Iklan berbayar

Tuesday, June 7, 2011

Aku sebagai photographer

Sebelum menceburi bidang fotografi nie, aku memang xtau habis apa2 pasal camera DSLR nie. Sebagai seorang student nak memiliki kamera DSLR nie agak mencabar sikit biasalah harga untuk sebuah kamera DSLR nie bukan calang2 harganya mau-mau pun RM2k keatas. Cari punya cari,habis dah research aku buat kat internet hanya untuk mencari kamera DSLR yang sesuai dan menepati cita rasa aku(dengan bajet yang murah) jadi aku putuskan untuk mengambil Canon eos 1000D.

Kalau dekat pasaran Kuching harga nya dalam sekitar RM18++ kalau tak silap aku. Kalau kat Shashinki.com harganya RM1,599.00 time tu lah. Aku pun sikit demi sikit funding duit untuk beli Canon eos 1000d nie. 




Dalam masa tu juga aku teringat member aku yang ada kamera DSLR. Member aku nie pakai kamera DSLR Sony a300.(time tu lah sekarang nie dah upgrade a550) aku tanyalah pendapat member aku nie, minta nasihat dia, maklumlah aku xtau apa2 pasal DSLR nie. Aku pun tanyalah soalan yang lazimnya ditanya orang yang masih baru (newbie)

Soalan yang aku tanya
1.Kamera brand apa yang bagus?
2.Yang bajet rendah ada x?
3.Kelebihan kamera DSLR (e.g Canon vs Nikon)

Pening juga kepala member aku nie oleh soalan-soalan yang aku tanya, berulang-ulang pulak tu.

Jawapan member aku
1. Brand xbrapa penting, skil dan teknik yang lebih penting, mana-mana kamera DSLR nie sama fungsinya iaitu untuk mengambil gambar yang kita suka.
2.Ada, 2nd hand lah jawabnya.
3.Kalau di ikutkan brand seperti Canon mempunyai kelebihan, kerana Lensnya ada pelbagai jenis, lagipun banyak photographer pro pakai Canon nie(e.g Canon eos 60D) cuba kita lihat mana-mana event besar seperti Olimpik, Badminton, Bolasepak, F1 dsb kebanyakkan kamera yang kita lihat ialah brand Canon. Canon juga merupakan pakar dalam pembuatan camera nie, sebab dah lama bertapak dalam industri camera nie,kira otailah.
 
Setelah mendengar penjelasan member aku nie, makin kuatlah azam aku untuk membeli Canon 1000d nie. Kalau online je aku mesti search gambar kamera Canon 1000nie, baca info, memang semangat habis. Lepas tu asyik je pergi rumah member aku nie test2 kamera dia. Dalam aku testing kamera dia, tiba-tiba aku terfikir, member  aku nie kira pro lah dalam fotografi tapi aku hairan apa hal dia pakai kamera Sony, jadi aku tanyalah kenapa dia pakai kamera Sony.


Jawapannya mudah je, 
1.Sony nie "built in stabilizer" kalau nak tukar lens xpayah cari lens yang ada IS(image stabilizer)
 
2.Kalau brand lain seperti Canon, Nikon dsb kalau nak tukar lens kena cari lens yang ada IS, jadi harga lens yang ada IS nie mahal sikitlah kalau dibandingkan dengan lens yang xda IS
3.Sony juga ada steady shot, maksudnya kita boleh tahu berapa kuat gegaran pada body kamera tu, kalau kuat gegar jawapannya gambar yang kita ambik tu blurlah jadinya
 
kalau nak tahu lagi 
http://www.sonyinsider.com/2009/12/17/the-technology-behind-sony-alpha-dslrs-steadyshot-inside/
3.Sony nie live view skrin nya boleh adjust kalau nak ambik gambar dalam posisi yang susah
4.Memang brand seperti Canon ada pelbagai macam jenis lens, tapi kita pakai semua ke?
 
5.Last skali jawapan yang membuatkan hati aku terbuka hati nak pakai Sony, kalau nak fasih dengan mahir pasal kamera nie kena ada member yang pakai kamera yang sama, senang nak minta tunjuk ajar, contoh nya nak fasih pasal function kamera, pinjam lens ke,flash ke..kalau aku pakai Canon aku nak tanya function apa nie,button apa nie, susahlah member aku nak explain sebab kamera lain-lain. nak pinjam barang pun susah sebab xsama mount.

Kalau difikir-fikirkan ada benar juga kata member aku nie. Aku masih mentah lagi dengan dunia fotografi, kamera pun belum ada lagi(kamera handphone adalah). Masih banyak lagi benda yang aku perlu pelajari dalam selok belok fotografi nie. Kalau aku pakai Canon eos 1000d nak tanya siapa?member aku pun xtau sangat pasal function Canon eos1000d. Kalau setakat exposure ke, aparture ke, angle ke, tu bolehlah dia ajar, kalau lebih dari tu susah cikit sebab function kamera xsama.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar