Iklan berbayar

Thursday, June 30, 2011

Fahaman komunis cuba dihidupkan kembali?



Macam-macam dah berlaku dalam negara kita sekarang nie, baru-baru nie heboh pula pasal fahaman komunis yang cuba dihidupkan oleh pihak tertentu, entah betul atau tidak, cuma tuhan saja yang tahu. Tapi apapun aku nak kongsikan kesan komunis di negara kita pada satu ketika dulu.
Sedikit sebanyak pasal Komunisma

Ideologi Komunisma adalah asas Pemikiran Marxisme, Leninisme dan cetusan fikiran Mao Tse Tung. Ideologi komunisme nie adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.  "Komunisme tulen" menurut Karl Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
 
Karl Marx

Dari segi politik komunisma dianggap sebagai satu cabang sosialisma atau satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan
asalnya dari hasil kerja mereka pada revolusi perindustrian dan Revolusi Perancis Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisma dan warisan penjajah dan nasionalisma. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja, yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis, menolak golongan kapitalis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
Komunis di Malaysia

Tanah Melayu pernah diperintah oleh Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945. Keanggotaan PKM lebih ramai dari orang Cina kerana perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada ketika itu.

Perjuangan awal PKM di Tanah Melayu adalah lebih kepada untuk memperjuangan kebebaskan Tanah Melayu dari jajahan Jepun. PKM turut mendapat bantuan serta kerjasama dari pihak British. Hubungan kerjasama ini dapat dibuktikan apabila British membebaskan tahanan politik yang berhaluan kiri dan pembukaan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Walau bagaimanapun, setelah berjaya mengalahkan serta mengusir Jepun dari Tanah Melayu timbul konflik di antara dua pihak apabila polisi sebenar tentera British ialah anti-komunis.

PKM di Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi adalah pada tahun 1930. Penubuhan parti ini banyak melibatkan sejarah China dan ekoran daripada permusuhan antara China dan Jepun. Mou Tse Tung adalah tokoh yang membawa hubungan kerjasama antara parti Komunis China dengan Parti Komunis Malaya. Walau bagaimanapun, gerakan PKM di Tanah Melayu dan Singapura amat dipengaruhi oleh Komunis Antarabangsa yang gerakkan oleh komunis Rusia.

Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) @ Bintang Tiga merupakan pertubuhan PKM telah memerintah Tanah Melayu dimana ramai orang Melayu dibunuh. Ini disebabkan pada waktu pemerintahan Jepun, majoriti yang menyertai Pasukan Polis Jepun (Jookidam) adalah orang Melayu. Dendam ahli Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan daripada pembunuhan orang Cina di Nanjing dan bekas anggota Jookidam di Tanah Melayu menjadi mangsa kepada dendam ahli Bintang Tiga.
 
Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)

Jookidam dikumpulkan ditepi hutan dan diarahkan untuk mengali lubang keemudiannya mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang telah digali. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut. Jelas sekali tindakkan yang dilakukan oleh Bintang Tiga kepada Jookidam menjurus kepada dendam ke atas Jepun tetapi dirasai oleh penduduk asal Tanah Melayu.
Apabila tiga pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput pada dibunuh oleh Bintang Tiga tahun 1948 kerajaan istihar DARURAT di seluruh Tanah Melayu dan sebulan kemudian PKM telah diharamkan oleh British kerana menganggap PKM adalah parti politik yang radikal dan akibatnya tercetus ketidakpuasan hati ahli PKM dan merasakan rasa pihak British telah lupa akan jasa mereka ketika menentang dan halau Jepun dari Tanah Melayu.

Pada tahun 1950, Bukit kepong pula menjadi sasaran PKM selepas tindakkan pihak British menyekat aktiviti mereka. Seramai 17 orang anggota polis terkorban dalam usaha untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong dan mereka bertempur dengan anggota komunis seramai 200 orang. Pertemburan selama 5 jam ini turut mengorbankan 3 orang isteri dan anak konstabel. Konunis juga membakar berek Polis di Bukit Kepong dan anggota polis yang terkorban dan yang cedera telah pula dicampak ke dalam api dan turut menjadi mangsa adalah seorang anak lelaki Konstebal Abu Bakar yang di campak hidup-hidup.

Wujud Undang-undang DARURAT, penubuhan pasukan Kawalan Tempatan (Home Guard), pengenalan kawasan HITAM dan PUTIH, ISA, Kad Pengenalan wajib dibuat bagi yang berumur 12 tahun, Rancangan Briggs dan lahirlah konsep Kampung Baru. Semua ini dikaitkan dengan gerakan PKM.

Dah rasa cikgu sejarah pula aku, tapi aku tulis entri nie untuk berkongsi sikit pasal sejarah negara kita, peristiwa lepas janganlah diungkit kembali, ia sepatutnya dijadikan pengajaran bagi kita yang mempunyai akal dan pendidikan. PEACE NO WAR.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar