Iklan berbayar

Wednesday, June 22, 2011

Swan City



Baru-baru nie aku off station untuk wedding photoshoot di Sibu, kira 1st time aku pergi ambik gambar luar dari kawasan Kuching nie. Kalau diikutkan GPS jarak Kuching ke Sibu (dari rumah aku sampai ke tempat aku stay) ialah 411km dan masa perjalanannya dalam 6 jam.

Sibu mendapat namanya daripada panggilan "Buah Sibau" oleh kaum Iban yang bermaksud buah rambutan, kerana buah rambutan banyak tumbuh dikawasan ini. Sibu nie terletak di pertemuan Sungai Rajang dan Sungai Igan. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk bumiputera lain seperti orang Melayu dan Melanau.
Tebingan Sungai Rajang

Sibu mempunyai beberapa mercu tanda seperti dataran bandar "Town Square" yang terbesar di
Malaysia dan bangunan tertinggi di Sarawak dan kepulauan Borneo iaitu Wisma Sanyan yang berketinggian 28 tingkat. Sibu juga mempunyai pasar tamu tertutup terbesar di Malaysia iaitu Pasar Sentral Sibu dan juga mempunyai Muzium Hospital perubatan di pertama Malaysia dan antara Hospital tertua di Sarawak iaitu Muzium Hospital Lau King Howe. Sibu juga terkenal dengan pintu gerbangnya "Sibu Gateway" yang terukir 12 patung zodiak cina.-wikipedia-
Wisma Sanyan Sibu

Pintu Gerbang Sibu

Sibu juga terkenal dengan pejuang kebangsaannya dan salah seorangnya adalah Rosli Dhoby, Rosli Dhoby nie terkenal sebagai pejuang yang menentang penjajah dimana beliau telah menikam Gabenor kedua kolonial Sarawak pada tahun 1948 iaitu Sir Duncan George Stewart dan akibatnya beliau telah dijatuhi hukuman gantung dan dikuburkan di Penjara Sentral Kuching dan selepas 46 tahun kubur beliau telah dipindah dan ditempatkan di Makam pahlawan besebelahan Masjid Sibu (Masjid An-Nur) pada tahun 1996.
 Makam Pahlawan

Pasar malam Sibu agak berbeza kalau dibandingkan dengan pasar malam di kuching, ini kerana pasar malam nya di buka setiap hari, kalau di Kuching cuma malam minggu. Pasar malam Sibu bermula seawal 5 ptg hinggalah 11 malam dan kadang lebih dari 11 malam.
member aku tengah runding harga

Tapak Pasar Malam Sibu

Sibu nie kaya dengan khazanah dan budaya masyarakat cina, ini kerana majoriti penduduknya adalah berbangsa cina yang telah berhijrah ke sini pada awal 1902. 
Pagoda Sibu

Dalam usaha untuk mempromosi dan memperkenalkan Bandar Sibu, bekas pengerusi SMC( Sibu Municipal Council) Datuk Robert Lau Hoi Chew telah memilih Angsa sebagai simbol bandar Sibu dan menurut komuniti kaum cina Sibu, Sungai Rajang menyerupai Sungai Angsa di Fuzou China oleh pendatang awal cina pada pertengahan kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 walaupun angsa bukan haiwan yang banyak didapati di Sibu.

Walaupun aku nie berasal dari Sibu tapi telah berhijrah ke Kuching, tapi sepanjang 5 hari aku di sini memberi banyak kenangan dan aku juga berasa bangga dengan perubahan-perubahan yang belaku di bandar Sibu nie.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar