Iklan berbayar

Sunday, June 5, 2011

Perayaan Gawai Dayak di Sarawak



Baru-baru nie aku baru saja balik dari kampung mak aku iaitu Kpg Kakai, Serian, Sarawak. Aku nie sebenarnya berdarah campuran Bidayuh sebelah mak aku. Gawai Dayak (setiap 1 Jun) disambut di seluruh Sarawak oleh suku kaum Dayak seperti Iban, dan Bidayuh. Ia bersempena menyambut kesyukuran selepas menuai padi, kiranya majlis keramaian selepas penat lelah bersawah dan menuai padi.
Ini adalah antara penduduk suku kaum Bidayuh dikampung aku, mak aku barisan belakang dihujung sebelah kanan,hehehe..

Kebiasaannya sebelum perayaan Gawai Dayak, macam-macam aktiviti di anjurkan oleh ajk kampung seperti pertandingan bola sepak, sukaneka, dan lain-lain acara yang boleh merapaatkan persaudaraan antara penduduk kampung.

Dan pada 1 Jun iaitu Hari Gawai Dayak acara yang paling mendapat perhatian adalah pertandingan Kumang Gawai (Ratu Gawai) dan pertandingan tarian traditional, kalau Iban dipanggil "ngajat" kalau kaum Bidayuh pula dipanggil "bilanggi" dan pertandingan pembuat Tuak terbaik (air tapai). Pada malam tersebut terdapat juga pelbagai aktiviti seperti live band, karaoke dan berjoget. Kaum dayak di Sarawak memang terkenal dengan tari menari nie atau istilahnya "bertandak". Aku rasa setakat nie saja perkongsian aku pasal perayaan Gawai Dayak di Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar