Iklan berbayar

Wednesday, June 8, 2011

Aku sebagai photographer (bahagian 2)



Bersambung dengan cerita aku (Aku sebagai photographer) bagaimana aku mula terjebak dengan dunia fotografi. Setelah aku menilai, membuat research layari website Kamera http://www.dpreview.com/  baca info pasal kamera DSLR, parah2 aku pun xtau brand mana yang aku ingin ambik sama ada Brand Canon atau Sony? kalau Nikon aku xbrapa sangat sebab kebanyakkan member aku yang photographer(sebagai hobi) menggunakan Canon dan cuma 2 orang je yang menggunakan Sony. Tapi dalam hati aku masih kuat lagi nak pakai brand Canon biasalah dah di brainwash oleh brand Canon. Jadi aku pun bacalah lebih lanjut info pasal kamera DSLR brand Canon nie. Dalam aku menccari info, aku bacalah juga pasal Canon eos 450D, 500D dan 550D. Aku buat perbandingan dengan eos 1000d. Wah..memang dahsyat model eos 450D ke atas siap dapat ambik video lagi selain dari ambik gambar, makinlah pening kepala aku nak pakai model apa. 
Aku pun pergilah survey-survey pasal Canon eos nie dekat kedai kamera. Dalam hati aku dah bertukar
nak ambik model eos 450d keatas sebab dapat ambik video, selain ambik gambar bolehlah aku ambik video. Aku pun pergilah kat kedai Canon sendiri. aku tanya pasal kamera DSLR eos 450D,500D dan 550D dan aku dah plan nak ambik eos 450D dan xjadi ambik eos 1000D sebab harganya x jauh berbeza. Sebaik saja di kedai penjual tu beritahu yang eos 450D dah discontinued, maksudnya dah x dikeluarkan lagi, jadi yang tinggal eos 1000D, 500D dan eos 550D, tapi harganya memang mahal lah.

Aku teringat member aku pernah beritahu yang 2nd hand kamera DSLR nie ada dijual, aku pun layarilah website mudah.com, search punya search aku terjumpalah model eos 450D, apa lagi terus konteklah orangnya. Tapi dia beritahu baru je sekejap tadi dia C.O.D (cash on delivery) maksudnya dia dah jual. Susah juga nak memiliki kamera DSLR nie, kalau bajet kita kurang.

Aku pergi melepak ke rumah member aku tu dengan tujuan nak tanya dia pasal DSLR brand Canon dan Sony nie lebih lanjut lagi,hehehe..

Aku tanyalah member aku nie lagi, dengan soalan yang lebih power lagi.
1. Apa kelebihan  kamera DSLR brand Canon dan Sony?
2. Apa kelemahan kamera DSLR brand Canon dan Sony?
3. Kelebihan kamera yang dapat ambik video.

Jawapan member aku
1. Masing-masing kamera nie ada kelebihan tersendiri baik Canon atau Sony, tapi kau nak beli brand ke beli kamera?Kalau brand baik kau ambik Canon, aku xlah paksa kau beli brand Sony nie, kalau hati dah berkenan macam mana pun aku explain, Canon tetap bermain difikiran kau, lagi pun Canon nie testimoni dari pelanggannya bagus biasalah brand berjenama mesti kualitinya tinggi. Kalau Sony, bukan setakat kelebihan fungsi kamera tapi Sony amat menekankan hubungan dengan pengguna DSLR nya, sebagai contoh bengkel Sony untuk beginner dan asas sebagai photographer.
 
2. Kalau Canon live view screen nya xdapat berfungsi macam 100% Sony, dan  cuma untuk view gambar je, tapi kalau Sony dapat adjust function kat screen. Kelemahan Sony pula untuk model yang dia pakai lah. ISO nya x sebagus Canon. Naik sikit je ISO kepada 800 keatas noise nya ketara nampak dekat gambar, tapi kalau Canon naik ISO 800 gambar masih maintain dan noise nya kurang.
 
3. Sebenarnya kau nie nak ambik gambar ke ambik video?nak jadi photographer ke videographer?

Jawapan member aku nie betol2 bernas, jadi aku putuskan nak pakai DSLR Sony a300 sebijik macam dia punya. Aku pun tanyalah macam mana kalau aku nak ambik model Sony macam dia punya, dia beritahu aku mode a300 dah discontinued, aku pun susah hatilah nak beli model macam dia punya pun jadi hal. Tapi member aku beritahu dia boleh tolong dapatkan yang 2nd hand kalau aku mahu.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar