Iklan berbayar

Friday, June 10, 2011

Aku sebagai photographer (bahagian 3)



Aku kongsikan balik cerita aku pasal aku sebagai photographer, sebaik saja aku dengar member aku nak tolong aku dapatkan model kamera yang macam dia tapi  terpakailah (2nd hand), apa lagi bukan main gembiralah aku, tapi sebagai pembeli nie  timbul persoalan dalam fikiran aku jadi aku tanyalah member 

Soalan yang aku tanya
1. Kalau bajet aku dalam RM1500 boleh dapat x?kalau kurang lagi bagus. 
2. Dari mana dia dapat? manalah tau dari sumber xbetul ke
3. Boleh pakai ke barang 2nd hand nie?
4. Ada kelebihan ke kalau aku ambik yang 2nd hand?

Kesian juga aku tengok member aku nie, asyik-asyik jawab soalan aku je, member aku menjawablah
juga mengenangkan aku nie member dia.

1. Kalau bajet dalam RM1500 lebih dari cukuplah tu. 
2. Aku ada join komuniti dan forum on-line dan kira aktif lah dalam jual beli on-line nie (cth PhotoMalaysia.com, Shashinki.com dsb) kamera yang terpakai nie selalu ownernya jual kamera sebab nak upgrade (Sony a300>>a550), jump ship (tukar jenama Sony>>Canon), berhenti jadi photographer dsb, kebanyakkannya orang yang jual nie aku kenal, jadi xpayah risaulah. Kalau orang yang aku xkenal aku tengoklah samada dia aktif dalam forum ke x, rekod bagus x dari pembeli sebelum2nya dan selalunya aku cari yang masih dalam keadaan elok lagi

3. Kita tengoklah dulu keadaan barang tu terlebih dahulu, selalunya penjual nie akan bagi rate keadaan barangan tu cthnya (condition = 9/10) selain tu kita tengoklah berapa tahun dia guna, masih ada waranti lagi ke x, kegunaan kamera tu untuk apa?wedding ke, hobi ke Kita tengok juga shutter count (sc), maksudnya bilangan snap yang dia tekan kalau lagi kurang lagi bagus. Lepas tu kita tengoklah gambar kamera tu sendiri, kalau xda gambar boleh request, tapi selalunya kalau nak jual barangan on-line nie perlu disertakan degan gambar barangan tu sekali. Kalau xpuas hati juga kita kontek je ownernya, tanya dengan lebih lajut lagi.
4. Kelebihan kamera 2nd hand nie, macam biasalah lebih murah, dan kita boleh gunakan duit yang ada dengan secukup-cukupnya, contohnya duit lebih kita boleh guna untuk membeli barangan lain yang boleh meningkatkan kualiti gambar seperti tambah atau upgrade lens (35mm,50mm,70-300mm dsb), flash ke, pemegang bateri ke. Kalau 1st hand selalunya yang kita dapat body+kit lens dan aksesori.
aku kira yakinlah sikit dengan penjelasan member aku walaupun ada sedikit keraguan tapi aku serahkan hal nie kepada member aku. Kira agak lama juga member aku cari kamera untuk aku nie, kira dalam dua bulan lebihlah. Aku adalah tanya member aku nie ada ke x kamera tu. Dia beritahu memang ada tapi selalu dah di reserved awal sampai dia xsempat nak buat apa2, kalau ada pun dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Cari punya cari akhir nya member aku beritahu ada satu unit A300 harganya rm750 tapi body sajalah maksudnya xda  lens, dia beritahu kalau kits lens murah je dalam rm200-250 dah boleh dapat. Aku pun beritahu member aku, aku on je, dia pun berundinglah dengan penjualnya. Tapi tiba-tiba je aku menghadapi masalah kewangan, dalam time-time macam nielah timbul masalah, walau pun ada bantuan PTPTN tapi masih x mencukupi, biasalah sebagai penuntut jurusan ijazah nie ada macam jenis pembayaran, bayaran buku pengajianlah, trip kelaslah,dan bayaran lain2. Jadi aku dah funding duit awal untuk beli kamera DSLR nie, tapi masih juga x mencukupi, time tu aku kekurangan rm350. aku kiranya nak batalkan saja niat untuk membeli kamera nie, tapi belum sempat aku nak beritahu member aku, dia kata ada seorang lagi penjual, tapi yang nie better lagi full set RM950 termasuk postage.Kalau yang Rm750 xda kit lens dan x termasuk postage, jadi dia sarankan aku ambik yang RM950 tu.

Kenapalah peluang datang dalam aku kekurangan duit nie. Aku beritahu member aku dapat bayar setengah dulu x?. Dia beritahu xdpt, kalau nak boleh reserved dulu dengan deposit RM50, jadi aku pun ambil risiko bayar deposit dan reserved dulu, tapi penjualnya tanya brapa lama nak reserved, aku beritahu member aku reserved untuk seminggu. Walaupun Rm300 tu sedikit nilainya, tapi kalau bagi seorang student macam aku, RM300 tu besar nilainya, dan dapat beli stok mee segera untuk 4 bulan, al maklumlah mee nie dah jadi makanan ruji bagi seorang student macam aku, tapi handphone yang dipakai canggih2 belaka termasuklah yang bercerita nie sendiri,hehehe..
Di pendekkan cerita aku pun bagilah duit kat member aku yang tolong aku cari kamera nie untuk bayaran penuh, dan aku beritahu pakai alamat dia untuk postage nanti, bukan apa kalau oang rumah aku tahu,mesti fikir aku banyak duit untuk beli benda2 mahal macam nie. Member aku beritahu dia dah setel semua pembayaran dan apa yang perlu aku buat sekarang nie cuma tunggu kamera sampai, Kiranya macam nie lah ceritanya macam mana aku mula2 memiliki kamera DSLR aku yang pertama walaupun 2nd hand.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan berbayar