Monday, June 13, 2011
Friday, June 10, 2011
Aku sebagai photographer (bahagian 3)
Aku kongsikan balik cerita aku pasal aku sebagai photographer, sebaik saja aku dengar member aku nak tolong aku dapatkan model kamera yang macam dia tapi terpakailah (2nd hand), apa lagi bukan main gembiralah aku, tapi sebagai pembeli nie timbul persoalan dalam fikiran aku jadi aku tanyalah member
Soalan yang aku tanya
1. Kalau bajet aku dalam RM1500 boleh dapat x?kalau kurang lagi bagus.
2. Dari mana dia dapat? manalah tau dari sumber xbetul ke
3. Boleh pakai ke barang 2nd hand nie?
4. Ada kelebihan ke kalau aku ambik yang 2nd hand?
Kesian juga aku tengok member aku nie, asyik-asyik jawab soalan aku je, member aku menjawablah
Wednesday, June 8, 2011
Sony Flash Hvl-f43AM?
Khabar angin pasal flash nie dah ternyata benar, sebelum nie heboh cerita pasal flash terbaru keluaran sony dimana-mana forum dan menjadi topik perbualan Alpharian yang seakan-akan Cobra (Hvl-f58) dimana saiznya lebih kecil, padat dan ringan dan akhirnya segala persoalan telah terjawab. Sony telah melancarkan flashnya yang terbaru iaitu Sony Flash Hvl-f43AM dipasaran tempatan. Aku dah dengar khabar angin pasal flash nie 2 bulan yang lalu dan telah pun released seminggu yang lalu tapi belum ada bukti yang sahih lagi.
Sekarang nie dah sah2 di jual dipasaran tempatan. Sony Flash Hvl-f43AM boleh didapati Studio Zaloon (The First Sony Alpha Pro-Shop in Malaysia) http://www.studiozaloon.com. Tergugat juga rasa aku lihat ciri-ciri Sony Flash Hvl-f43AM yang seakan-akan Cobra, dah lah harganya lebih murah kalau dibandingkan dengan Cobra, rasa nak ambik satu bawa balik je.
Subscribe to:
Posts (Atom)